Novel Embargo Karya Zahari Affandi
Setelah lima hari meluangkan masa membaca sebuah novel yang bertajuk Embargo karya Zahari Affandi saya ingin berkongsi pendapat hasil daripada pembacaan saya terhadap novel tersebut. ini merupakan pandangan peribadi saya daripada pembacaan novel ini.
Embargo merupakan sebuah novel yang telah memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Penulisan ITBM-BH kategori novel. Sepanjang pembacaan saya, novel ini sememangnya sangat menarik kerana banyak menyingkap segala permasalahan dalam arena politik negara. Permasalahan yang dirungkai dalam novel ini sangat menarik sehingga menimbulkan minat untuk terus membaca. Penggunaan latar tempat dan latar masyarakat yang berkisarkan masyarakat pantai Timur iaitu Kelantan. Pengajaran dan nilai banyak diterapkan dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat.
Pentadbiran politik yang berombak juga banyak dirungkai dan diketengahkan penulis dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul di kawasan pentadbiran. Dalam arena politik memang tidak sah kalau tiada ombak atau ribut, seperti juga laut dan pantai, yang sentiasa indah dihiasi ombak. permasalahan dan konflik sememangnya akan lebih mematangkan kita dalam menghadapi masa-masa akan datang.
Konflik yang turut diketngahkan dalam novel tersebut ialah konflik keluarga. Anak-anak yang terlibat dengan perbuatan yang melanggar undang-undang seperti terlibat dalam kegiatan keganasan di luar negara memberi cabaran kepada ayah sebagai pemimpin keluarga.
Kesimpulannya, Embargo sebuah hasil karya yang sangat berkualiti. Novel Embargo mengandungi banyak elemen kepimpinan dalam politik tanah air. Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana telah berjaya menghasilkan novel Embargo.
#prosamoden #novel #kepimpinan #zahariaffandi #pujanggasasteramelayu #sasteramoden #khairulzainie
(Sumber : Google)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan