Imperialisme Dalam Novel Cerita Perang Bariga karya Ruhaini Matdarin
Imperialisme berasal daripada kata imperium yang ertinya memerintah.
Menurut Ali Ahmad di dalam buku Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah menyatakan
bahawa perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisi ada segolongan karya-karya
yang memperlihatkan ciri-ciri yang umum dan dapat digolongkan kepada satu jenis
karya yang tersendiri. Karya-karya yang dipandang dari segi bentuk, pemilihan
bahan dan olahannya merupakan hasil daripada daya kreatif tertinggi
penulis-penulis kreatif peribumi.(1987:7). Imperialisme merupakan suatu sistem
penjajahan dengan membentuk pemerintahan di tanah jajahan. Penjajah menanamkan
pengaruh segala bidang kehidupan dan mengendalikan daerah yang dijajah. Menurut
kamus dewan edisi keempat, emperialisme diertikan sebagai dasar atau tindakan
sesebuah negara menjajah atau menggunakan kuasa pemerintahannya ke atas negeri
lain. Imperialisme di Malaysia mengalami beberapa tahap sebelum mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Selepas jatuhnya empayar kemegahan Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka, Portugal merupakan permulaan kepada imperialisme yang berlaku di
Tanah Melayu. Selepas itu British mula memasuki Tanah Melayu sebelum kedatangan
Jepun. Namun demikian, penguasaan Jepun di Tanah Melayu tidak lama kerana
berlakunya pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun yang menyebabkan Jepun
berundur empat tahun kemudian. Hal ini berbeza dengan sejarah yang berlaku di
kawasan Borneo Utara. Sejarah sedikit berlainan kerana Borneo Utara terletak di
Kepulauan Borneo. Borneo secara keseluruhannya telah dikuasai Jepun pada
1942(2003:3). Keadaan geografi Borneo Utara yang terletak jauh dari kawasan
pelayaran dan mempunyai permukaan bumi yang bergunung-ganang menyebabkan
kemasukan orang Eropah agak lewat berbanding dengan kemasukan di Tanah Melayu. Sabah
sebelumnya di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan diserahkan kepada
Kesultanan Sulu sebelum dipajak kepada Syarikat Berpiagam Borneo British (SBUB).
Selepas pemerintahan SBUB, Borneo Utara telah dijajah oleh Jepun pada tahun
1942 melalui Labuan dan kemudiannya telah jatuh ketangan British selepas Perang
Dunia kedua. Akhirnya Borneo Utara diberikan kemerdekaan oleh British sebelum
menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.(Jepun di Borneo Utara). Tujuan
imperialisme yang utama adalah untuk mendapatkan bahan mentah di tanah jajahan.
Selain penguasaan ekonomi, politik dan sosial juga diberikan keutamaan oleh
penjajah semasa mentadbir kawasan jajahannya. Penguasaan bahan mentah adalah
untuk kepentingan negara asal mereka bagi memenuhi keperluan perindustrian
seperti revolusi perindustrian yang berlaku di barat.
Penulisan kajian ini hanya memfokuskan kepada beberapa aspek dengan mengkaji
bahan kajian iaitu novel Cerita Perang Bariga karya Ruhaini Matdarin.
Objektif yang dikenalpasti dalam kajian yang akan dijalankan ialah mengenalpasti
kesan imperialisme yang terdapat dalam novel dan menghuraikan kesan
imperialisme yang terdapat di dalam novel yang dikaji. Kajian yang akan
dijalankan hanya meliputi kawasan Borneo Utara kerana penceritaan dalam novel
berkisarkan kepada latar tempat yang tersebut. Selain itu, latar masa yang
terdapat dalam novel yang dikaji lebih kepada latar masa sebelum kemerdekaan
dengan menggunakan teknik penceritaan imbas kembali. Teknik ini digunakan oleh
penulis selepas kemerdekaan untuk mengimbau kisah dan perjalanan sejarah yang
berlaku pada kehidupan masyarakat di Borneo Utara. Penulis menceritakan
pengalaman-pengalaman zaman penjahahan Jepun di Borneo Utara melalui bentuk
penceritaan. Antara isi penulisan yang akan dihuraikan dalam kajian ini ialah
kesan imperialisme terhadap tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.
#sejarah #novel #prosamoden #novelsejarah #imperialisme #pujanggasasteramelayu #ruhainimatdarin #khairulzainie #sabah #sasteramoden
(sumber : Google)
#sejarah #novel #prosamoden #novelsejarah #imperialisme #pujanggasasteramelayu #ruhainimatdarin #khairulzainie #sabah #sasteramoden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan