Halaman

Isnin, 27 November 2017

Catatan Kembara

Lama dah tak kemaskini status sebenarnya. Pelajar kursus Karya Agung Melayu baru-baru ini telah mengadakan lawatan di Muzium Melaka bertemakan Jelajah ke Zaman Silam Muzium Melaka. Menariknya lawatan ini ialah kami dapat menerokai bahan-bahan dalam muzium ini yang berkait rapat dengan naskah karya agung iaitu Sulalatu Salatin. Banyak sebenarnya ilmu yang kami perolehi sepanjang sehari berkampung di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Islam Melaka dan Muzium Samudera.

Antaranya kami melihat sendiri hubungan diplomatik Melaka dengan negara-negara luar yang terdapat dalam naskah melalui replika deligasi negara luar seperti Siam dan China. Selain itu, dalam aspek sistem pemerintahan pula, naskah Sulalatus Salatin turut menceritakan susun lapis pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, di dalam muzium tersebut dipaparkan tentang susunan pembesar-pembesar seperti Laksamana, Hulubalang, Bendahara dan lain-lain. 
 
Seterusnya, saya juga dapat melihat sendiri perlaksanaan undang-undang melalui penceritaan dan gambaran yang jelas tentang hukuman dijalankan. Kesimpulannya, karya agung Melayu iaitu Sulalatus Salatin wajar diketengahkan kepada masyarakat Melayu kerana mengandungi banyak ilmu yang tersurat dan tersirat selain lambang intelektual orang Melayu pada zaman dahulu. Terima kasih buat Pensyarah Dr Salmahjan Noor kerana membuatkan pembelajaran Karya Agung Melayu lebih menarik melalui pendekatan yang berbeza.


Jumaat, 10 November 2017

Tugasan pertama bagi subjek Multimedia dalam Sastera..

Poster ini merupakan hasil sendiri dan gambar merupakan gambar sendiri. Tiga grafik yang berbeza digabungkan untuk membentuk poster.

Grafik pertama ialah gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, yang kedua taman Wetland Putrajaya dan gambar yang ketiga merupakan pemandangan dari udara yang dihiasi awan yang memutih. 

Teks yang digunakan membicarakan tentang walau tinggi mana seseorang itu berada, namun tanah jua tempat kita berpijak. Biar memandang ke langit, jangan lupa kaki berpijak pada tanah.

_khairulzainie_

Khamis, 9 November 2017

Taman

Taman Wetland Putrajaya
 Pemandangan di Taman Wetland Putrajaya..




Nilai sebuah persahabatan bukannya diukur daripada jumlah mereka. Ianya diukur manisnya pengalaman bersama tika susah dan senang. Mengalirkan air mata dikala kesedihan, menghulurkan tangan dikala memerlukan.

nasihat

Pesanan oleh seorang pendidik kepada saya..

"mendapatkan yang terbaik, jalannya bukan mudah. perlukan rintangan dn dugaan yang sentiasa mencabar kesabaran kita. Moga-moga kita sama-sama tabah dan menempuh dugaan yang datang dengan tenang." 

Nasihat yang menjadi pegangan sepanjang 3 tahun setengah untuk menghabiskan ijazah bacelor. Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan berikan ribut, petir..Namun Allah datangkan kepada kita pelangi yang indah.

InshaAllah doakan yang terbaik, buat saya dan rakan seperjuangan mampu menempuh dugaan dengan tabah. Pahit di sepanjang perjalanan, manis dipenghujungnya.

_khairulzainie_

Khamis, 2 November 2017

Kerajaan Inderapura





Subjek Kesusasteraan Epik dan Historiografi Melayu

Hang Tuah Masuk Ke Kubur

Sinopsis

Bab ini mengisahkan Hang Tuah masuk ke kubur. Sultan ingin mengetahui bagaimana kehidupan di dalam kubur, lalu meminta sesiapa sahaja untuk masuk ke dalam kubur. Hang Tuah telah bersetuju untuk menuruti titah Sultan yang ingin mengetahui kisah di alam kubur. Hang Tuah bersetuju untuk menjalankan apa yang diperintahkan oleh Sultan. Setelah beberapa hari di dalam kubur, Hang Tuah dikeluarkan dari dalam kubur, lalu Hang Tuah menceritakan kepada Sultan pengalaman beliau di dalam kubur. Saksikan video tersebut untuk mengetahui apa yang diceritakan oleh Hang Tuah kepada Sultan.

Kisah ini terdapat dalam naskah Hikayat Hang Tuah pada bab XXVII.

Selamat Menonton


#prosatradisional #hikayathangtuah #hangtuah  #sasteratradisional #pujanggamelayu #khairulzainie