Halaman

Isnin, 27 November 2017

Catatan Kembara

Lama dah tak kemaskini status sebenarnya. Pelajar kursus Karya Agung Melayu baru-baru ini telah mengadakan lawatan di Muzium Melaka bertemakan Jelajah ke Zaman Silam Muzium Melaka. Menariknya lawatan ini ialah kami dapat menerokai bahan-bahan dalam muzium ini yang berkait rapat dengan naskah karya agung iaitu Sulalatu Salatin. Banyak sebenarnya ilmu yang kami perolehi sepanjang sehari berkampung di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Islam Melaka dan Muzium Samudera.

Antaranya kami melihat sendiri hubungan diplomatik Melaka dengan negara-negara luar yang terdapat dalam naskah melalui replika deligasi negara luar seperti Siam dan China. Selain itu, dalam aspek sistem pemerintahan pula, naskah Sulalatus Salatin turut menceritakan susun lapis pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, di dalam muzium tersebut dipaparkan tentang susunan pembesar-pembesar seperti Laksamana, Hulubalang, Bendahara dan lain-lain. 
 
Seterusnya, saya juga dapat melihat sendiri perlaksanaan undang-undang melalui penceritaan dan gambaran yang jelas tentang hukuman dijalankan. Kesimpulannya, karya agung Melayu iaitu Sulalatus Salatin wajar diketengahkan kepada masyarakat Melayu kerana mengandungi banyak ilmu yang tersurat dan tersirat selain lambang intelektual orang Melayu pada zaman dahulu. Terima kasih buat Pensyarah Dr Salmahjan Noor kerana membuatkan pembelajaran Karya Agung Melayu lebih menarik melalui pendekatan yang berbeza.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan