Isu Bahasa Melayu merupakan isu yang sentiasa segar dalam masyarakat di Malaysia. Baru-baru ini salah seorang menteri persekutuan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial peribadi miliknya dalam bahasa Mandarin, dikecam dan dihentam dari pelbagai arah malah didesak untuk meminta maaf secara terbuka biarpun telah memberikan penjelasan. Manakala isu Peguam Negara yang kurang fasih berbahasa Melayu turut menjadi pertikaian dalam pelantikan beliau. Hal ini dibesar-besarkan oleh beberapa pihak. Namun, sejak merdeka penubuhan parti politik yang memperjuangkan bahasa Melayu masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama rasminya. Tak perlu saya nyatakan di sini. Saya memohon maaf kepada penyokong-penyokong sesetengah pihak, dan menafikan kemaskini status ini untuk meraik populariti. Kata pepatah Melayu ada menyatakan kuman seberang laut nampak, gajah dikelopak mata tak nampak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan