Kehidupan Dr Fakhrudin sebagai seorang di syarikat di AS telah berubah sejak dia bertemu dengan klon dirinya. Dr telah menjadi buruan FBI dan CIA kerana Dr telah mengetahui segala rencana jahat yang dijalankan oleh syarikat di tempat dia bekerja. Kehidupan Dr Fakiruddin dilalui bersama Dr Susan kerana Dr Susan juga turut terjebak sama dengan gejala pengklonan dirinya. Klon Dr Fakiruddin telah mengambil dokumen sulit yang sangat penting kepada Presiden Barrick Sommer ketika itu. Sekiranya dokumen tersebut jatuh ke tangan orang lain. kedudukan Barrick Sommers akan tergugat dan mungkin tidak akan dipilih menjadi presiden untuk penggal akan datang. Klon Dr Fakiruddin telah terperangkap di dalam The Oasis kerana telah dikepung oleh pihak FBI. Namun kepintaran Klon tersebut, beliau telah berjaya meloloskan diri melalui saluran kumbahan yang terdapat dalam bangunan tersebut. Kisah seterusnya mengisahkan bahawa FBI telah menemui tempat klon bersembunyi. satu kejadian tempak menembak telah berlaku dan klon terbunuh. Dr Fakiruddin berfikir bagaimanakah nasibnya jika masih berada di negara sing. Dr Fakiruddin telah membuat keputusan untuk pergi ke pejabat kedutaan Malaysia di Washington D.C untuk menceritakan perkara yang telah berlaku. Melalui bantuan Dato Nazri Muhammad, Dr Fakiruddin dan Dr Susan Lancaster telah menyelamatkan diri ke Malaysia. Di malaysia, Dr Fakiruddin dan Dr Susan Lancaster telah diberikan pekerjaan yang sesuai dengan kepakaran yang dimiliki. Malaysia bersetuju untuk menubuhkan sebuah institusi pengklonan untuk R&D bagi makanan, kesihatan dan tuntutan keperluan semasa untuk kepentingan manusia sejagat. A.S yang bercita-cita untuk menguasai ekonomi dunia teleh mewujudkan konspirasi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan dan melanggar fitrah manusia.
Dalam masa yang sama Dr Susan Lancaster juga telah berjumpa dengan calon presiden untuk menyatakan perkara yang telah berlaku, tetapi tanpa pengetahuannya, calon tersebut juga terlibat dengan konspirasi tersebut. New World Order telah merupakan satu idea dan gagasan untuk memerintah dunia bukan sahaja dalam aspek ekonomi dan sosial malah turut menggunakan agama sebagai agenda untuk menjayakan impian mereka. Dr Fakiruddin dan Dr Susan Lancaster telah kembali ke Malaysia dan akhirnya jodoh bertemu di Malaysia.
#novel #prosamoden #klon #idrisboi #pujanggasasteramelayu #khairulzainie #sasteramoden
(sumber: Google)
#novel #prosamoden #klon #idrisboi #pujanggasasteramelayu #khairulzainie #sasteramoden
(sumber: Google)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan