"Penggunaan bahasa bangsa yang terjajah, iaitu bahasa Melayu, bahasa yang dipandang rendah.Malah ada kehinaan yang dipalitkan pada wajahnya. Bahasa itu hanya untuk budak pejabat, polis dan tentera serta orang kampung. Bahasa itu digunakan hanya oleh tuan kepada hamba. Di universiti pun pada masa itu banyak pelajar Melayu sendiri tidak yakin bahawa bahasa itu dapat menjadi bahasa bersama untuk golongan rakyat. Dan anehnya, terdapat pula sebahagian bukan Melayu yang berbicara tentang peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan untuk menyatukan semua golongan kaum"
(Petikan Suara Kemanusiaan Seorang Pengarang oleh Usman Awang)
#petikanbuku #usmanawang #sasteramelayu #bahasamelayu
#khairulzainie #pujanggsasteramelayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan