Halaman

Rabu, 25 Oktober 2017

Hang Tuah Wira Bangsa Melayu

 

Patih Kerma Wijaya dan pegawai-pegawai yang dengki dengan Hang Tuah telah memfitnah Hang Tuah. Bendahara yang ditugaskan untuk membunuh Hang Tuah tidak sampai hati untuk melakukannya. Sebaliknya Bendahara menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. 

Sepeninggalan Hang Tuah, Hang Jebat telah dilantik menjadi penggantinya dan keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Jebat. Sultan terlalu menyayangi Hang Jebat lalu memberikan Hang Jebat gelaran Paduka Raja. 

Hang Jebat menganggap bahawa Hang Tuah tidak bersalah dan sultan Melaka terlalu zalim kerana memerintahkan HAng Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat telah merampas kuasa di istana dan sanggup bermukah dengan dayang-dayang, gundek dan biduan raja. 

Hal ini menyebabkan raja dan segala pembesar yang lain meninggalkan istana dan berpindah ke rumah Bendahara. Beberapa hulubalang telah dititahkan untuk membunuh Hang Jebat namun tidak berjaya termasuklah Hang Kasturi, Hang Lekiu dan  Patih Kerma Wijaya tetapi gagal. 

Sultan terkenangkan kehebatan Hang Tuah lalu Bendahara membuka rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup dan berada di Hulu Melaka. Gembira yang tidak terhingga wajah Sultan.

Raja menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat di istana. berlakulah peristiwa pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat yang merupakan sahabat.  Kehebatan Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat dengan tipu helahnya. 

Sebelum mati, Hang Jebat sempat mengamuk di sekitar istana Melaka. Akhirnya Hang Jebat mati di ribaan Hang Tuah. 

Saksikan sedikit sedutan peristiwa pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Video tersebut merupakan hasil lakonan pelajar Epik dan Historiografi semester 2 (2016/2017). 

#sasteratradisional #hikayathangtuah #pujanggasasteramelayu #khairulzainie #hikayat #sasteratradisional


Tiada ulasan:

Catat Ulasan